“Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas
berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu
kebodohan.”
“Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.”
“Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.”
“Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.”
“Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.”
“Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.”
“Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.”
“Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.”
“Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari.”
“Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.”
“Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.”
Friday, 27 July 2012
Hindarilah sikap malas
Suatu hari, ketika Imam Abu Hanifah
sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih
terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis
tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah
malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari
nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi
atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah
lunglai. Oh, manakah hati yang belas kasihan yang sudi memberi curahan
air walaupun setitik."
Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah merasa kasihan, lalu beliau pun pulang ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Setelah dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi uang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya.
Si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas ia tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi uang dan selembar kertas yang bertulis, "Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cobalah bermohon kepadaNya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."
Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kemarin, sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai nasibku."
Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi uang dan selembar kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang ketika mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.
Seperti kelmarin juga, di dalam bungkusan itu tetap ada selembar kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak ridha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan, jangan berbuat demikian. Jika ingin senang, harus giat bekerja dan berusaha, kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan memperkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan do'a orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah, carilah segera pekerjaan, saya do'akan semoga berhasil."
Setelah dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha. Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak hari itu, sikapnya pun berubah mengikuti peraturan-peraturan hidup (Aturan Allah) dan tidak lagi melupakan nasihat orang yang memberikan nasihat itu.
**********************************************************************************
Dalam Islam, tidak ada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajarkan kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita terhenti di tepi jalan.

Saturday, 21 July 2012
Pesan Nenek
Bersenyap-senyap mutiara di laut.
Orang bodoh suka menunjuk apa yang dibuatnya, orang pandai bijaksana diam-diam saja.
* Keris panjang berkeluk ,
Ke mana di bawa ke mana elok.
Ke mana pergi sentiasa berguna.
* Kilat beliung sudah di kaki,
Kilat pisau sudah di tangan.
Orang bijaksana dapat mentafsir maksud setiap perkataan.
* Kuah sama dihirup,
Sambal sama dicolek.
Sama-sama senang, sama-sama susah.
* Kuat ikan kerana radai,
Kuat burung kerana sayap,
Kuat ketam kerana sepit,
Kuat disebabkan kelebihan yang dimiliki.
* Kayu besar di tengah padang,
Tempat bernaung apabila kepanasan,
Tempat berlindung apabila kehujanan.
Pemimpin yang baik.
* Lancar kaji kerana dijulang,
Rata jalan kerana dipijak.
Mahir disebabkan selalu berlatih.
* Orang haus diberi air,
Orang lapar diberi nasi.
Mendapat apa yang dihajati.
* Sukakan gaharu kerana baunya,
Sukakan guru kerana ilmunya.
Orang suka akan sesuatu disebabkan ada faedahnya.
* Si buyung julung berkeris,
Si upik julung bersubang.
Sombong disebabkan baru kaya.
Mutiara Kata Buat Guru
1) 'Mengembara adalah guru yang terbaik'
2) 'Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya. Tetapi
seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya'
3) 'Seorang murid hendaklah mengakui kelebihan gurunya dan menghormatinya, kerana
guru itu lebih utama daripada ibu bapa tentang kebesaran jasanya. Ibu bapa mengasuh
tubuh sejak dilahirkan. Tetapi guru melatih jiwa, supaya berfaedah setelah besar.'
4) 'Kalau ada di dunia ini suatu pengorbanan dan kejujuran serta kelapangan hati, satu di
antaranya adalah pekerjaan guru.'
5) 'Seseorang ibu bapa yang bijaksana, nilainya sama dengan sepuluh orang guru di sekolah'
6) 'Guru memerlukan sikap kehidupan dan pembawa. Antara sifat-sifat yang wajib dimiliki
oleh guru ialah:
i) Sifat Zuhud (mendidik kerana mencari keredhaan Allah)
ii) Kebersihan diri.
iii) Keikhlasan dalam bekerja.
iv) Mempunyai sifat alim.
v) Guru perlu menjaga kehebatan dan kehormatan diri.
vi) Guru sebagai bapa ketika menghadapi setiap muridnya.
vii) Guru mesti memahami tabiat muridnya.
viii) Kemampuan dalam keilmuan.
7) 'Capik jalannya guru maka tempanglah anak muridnya'
Sunday, 15 July 2012
Pantun Nasihat
ANAK KUCING MENCARI MAKANAN,
JALAN SEIRING IBU TERSAYANG,
RAJIN BELAJAR CAPAI KEJAYAAN,
MASA DEPAN PASTI GEMILANG.
Tuesday, 10 July 2012
Binatang Peliharaan
Kucing peliharaan atau kucing rumah adalah salah satu predator terhebat di dunia. Kucing ini dapat membunuh atau memakan beberapa ribu spesies— kucing besarbiasanya kurang dari 100. Tetapi karena ukurannya yang kecil, kucing tidak begitu berbahaya bagi manusia— satu-satunya bahaya yang dapat timbul adalah kemungkinan terjadinya infeksi rabies akibat gigitan kucing dan juga cakaran dari kuku kucing yang sangat perih dan menyakitkan. Kucing dapat berakibat fatal bagi suatu ekosistem yang bukan tempat tinggal alaminya. Pada beberapa kasus, kucing berperan atau menyebabkan kepunahan. Kucing menyergap dan melumpuhkan mangsa dengan cara yang mirip dengan singa dan harimau — menggigit leher mangsa dengan gigi taring yang tajam sehingga melukai saraf tulang belakang atau menyebabkan mangsa kehabisan napas dengan merusak tenggorokan.
Subscribe to:
Posts (Atom)