Bersenyap-senyap mutiara di laut.
Orang bodoh suka menunjuk apa yang dibuatnya, orang pandai bijaksana diam-diam saja.
* Keris panjang berkeluk ,
Ke mana di bawa ke mana elok.
Ke mana pergi sentiasa berguna.
* Kilat beliung sudah di kaki,
Kilat pisau sudah di tangan.
Orang bijaksana dapat mentafsir maksud setiap perkataan.
* Kuah sama dihirup,
Sambal sama dicolek.
Sama-sama senang, sama-sama susah.
* Kuat ikan kerana radai,
Kuat burung kerana sayap,
Kuat ketam kerana sepit,
Kuat disebabkan kelebihan yang dimiliki.
* Kayu besar di tengah padang,
Tempat bernaung apabila kepanasan,
Tempat berlindung apabila kehujanan.
Pemimpin yang baik.
* Lancar kaji kerana dijulang,
Rata jalan kerana dipijak.
Mahir disebabkan selalu berlatih.
* Orang haus diberi air,
Orang lapar diberi nasi.
Mendapat apa yang dihajati.
* Sukakan gaharu kerana baunya,
Sukakan guru kerana ilmunya.
Orang suka akan sesuatu disebabkan ada faedahnya.
* Si buyung julung berkeris,
Si upik julung bersubang.
Sombong disebabkan baru kaya.
No comments:
Post a Comment