Saturday, 21 July 2012

Mutiara Kata Buat Guru

1) 'Mengembara adalah guru yang terbaik'

2) 'Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya. Tetapi 
    seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya'

3) 'Seorang murid hendaklah mengakui kelebihan gurunya dan menghormatinya, kerana 
      guru itu lebih utama daripada ibu bapa tentang kebesaran jasanya. Ibu bapa mengasuh    
      tubuh sejak dilahirkan. Tetapi guru melatih jiwa, supaya berfaedah setelah besar.'

4) 'Kalau ada di dunia ini suatu pengorbanan dan kejujuran serta kelapangan hati, satu di 
     antaranya adalah pekerjaan guru.'

5) 'Seseorang ibu bapa yang bijaksana, nilainya sama dengan sepuluh orang guru di sekolah'

6) 'Guru memerlukan sikap kehidupan dan pembawa. Antara sifat-sifat yang wajib dimiliki 
      oleh guru ialah:

         i) Sifat Zuhud (mendidik kerana mencari keredhaan Allah)
        ii) Kebersihan diri.
       iii) Keikhlasan dalam bekerja.
      iv) Mempunyai sifat alim.
      v)  Guru perlu menjaga kehebatan dan kehormatan diri.
     vi) Guru sebagai bapa ketika menghadapi setiap muridnya.
     vii) Guru mesti memahami tabiat muridnya.
     viii) Kemampuan dalam keilmuan.

7) 'Capik jalannya guru maka tempanglah anak muridnya' 



No comments:

Post a Comment