Petikan 1
Jawab soalan yang berikut berpandukan petikan di bawah.
ALOR GAJAH, Selasa - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun dilaporkan lemas dalam kejadian banjir petang semalam. Kejadian itu berlaku di Kampung Paya Dalam, 16 kilometer d ari bandar Melaka.Kanak-kanak itu , Muhd. Rizal Saad sedang mandi berhampiran parit besar di hadapan rumah bersama-sama kawan-kawannya. Tiba-tiba dia tergelincir lalu terjatuh ke dalam parit. Dia sempat menjerit meminta tolong sebelum dihanyutkan air. Gerakan mencari Muhd. Rizal dijalankan sehingga pukul 7 petang. Ia disertai oleh penduduk kampung dengan bantuan pihak polis. Tetapi gerakan ini dihentikan apabila hari bertambah gelap dan hujan turun semakan lebat.Sementara itu , Penolong Penguasa Polis Daerah, Hamdan Hanif, menasihatkan ibu bapa agar melarang anak-anak mereka daripada bermain air.
1. Di manakah kejadian itu berlaku ?
2. Apakah berita yang hendak disampaikan dalam petikan di atas ?
3. Siapakah yang terlibat dalam gerakan menyelamat ?
4. Apakah nasihat Penolong Penguasa Polis Daerah ?
Petikan 2
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.
Pak Hassan pemandu teksi. Dia telah bekerja selama lapan tahun.
Pak Hassan pemandu yang cermat dan amanah.
Pada suatu hari , Pak Hassan membawa dua orang pelancong ke Tugu Negara. Kedua -dua orang pelancong asyik bertanya pelbagai soalan kepada Pak Hassan. Pak Hassan pun memberitahu mereka tentang tempat-tempat menarik di negara kita. Dia juga menceri takan bahawa rakyat Malaysia berbilang kaum dan hidup bersatu padu.
Pak Hassan tidak lupa menerangkan pelbagai budaya dan adat resam yang diamalkan di sini. Begitu juga beraneka jenis masakan yang mudah didapati.
Akhirnya mereka pun sampai di Tugu Negara . Kedua-dua orang pelancong itu turun sambil mengucapkan terima kasih kepada Pak Hassan.
1. Apakah punca rezeki Pak Hassan selama lapan tahun ?
2. Sebutkan salah satu soalan yang diajukan oleh pelancong itu.
3. Pada pendapat kamu, mengapakah negara kita ada perbagai jenis budaya ?
4. Di manakah kedua-dua orang pelancong itu turun ?
Petikan 3.
Pak Abu mempunyai sebuah dusun buah-buahan. Dia menanam berbagai-bagai jenis buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan , duku, langsat dan ciku di dusunnya . Dusun Pak ABu adalah seluas dua hektar. Pak Abu dibantu oleh dua orang anak lelakinya untuk menjaga kebun tersebut. Tiap- tiap pagi , Pak Abu akan pergi ke dusunnya untuk menyiram pokok- pokok itu sebulan sekali.
Pak Abu juga akan membungkus buah-buahan yang sedang masak dengan beg-beg plastik supaya tidak dimakan oleh burung dan tupai. Penduduk kampung suka membeli buah-buahan Pak Abu kerana ianya murah dan sungguh lazat. Kadang-kadang orang -orang dari bandar juga turut berkunjung ke dusun Pak Abu untuk menikmati kelazatan buah-buahannya.
1. Apakah buah yang ditanam oleh Pak Abu?
__________________________________________________
2. Siapakah yang membantu Pak Abu menjaga dusunnya?
__________________________________________________
3. Mengapakah Pak Abu membungkus buah-buahan yang sedang masak ?
__________________________________________________
4. Berapakah luas dusun Pak Abu?
__________________________________________________
5. Mengapakah penduduk kampung suka membeli buah-buahan Pak Abu?
_________________________________________________
No comments:
Post a Comment